Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-26 & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM 2026
SMK Malim dengan penuh takzim sekali lagi ingin menjemput yang dihormati tuan puan untuk menghadiri Mesyuarat Agong PIBG kali ke - 26 & Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum pada;
Hari : Rabu
Masa : 11.30 pagi (PIBG) , 2.00 petang (HAKK)
Tempat : Dewan Al - Khawarizmi
Lebih dari 60 hadiah cabutan bertuah bakal anda miliki dan cabutan hanya akan dijalankan semasa Mesyuarat PIBG berlangsung sahaja.
Besar harapan kami jika tuan puan dapat hadir dan memeriahkan majlis kami ini. Sekian, terima kasih.